Rasuah perlu dibanteras dari akar umbinya kerana ia sudah menjadi masalah kepada masyarakat Malaysia.<br /><br />Pengasas Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub menjelaskan, rasuah bukan hanya mengambil atau memberi wang tetapi juga salah guna kuasa dan nepotisme yang berlaku dalam masyarakat negara ini.